Terma dan Syarat

  1. Kadar sewa Homestay Kesidang adalah RM190.00 untuk 2 hari 1 malam. Setiap tempahan perlulah disertakan dengan deposit sebanyak RM50.00. Tempahan yang dibuat tanpa deposit akan dikira sebagai pertanyaan sahaja serta tidak dapat dijamin kekosongan homestay pada tarikh yang dikehendaki

  2. Dilarang sama sekali melakukan aktiviti yang ditegah syarak dan juga undang-undang. Hanya pasangan yang telah bernikah sahaja dibenarkan menginap. Pasangan yang belum bernikah dilarang sama sekali untuk menginap di sini. Kami berhak untuk membatalkan tempahan sekiranya mendapati pasangan yang belum bernikah menginap sekali di homestay kami.

  3. Check-in Pukul 2.00 ptg dan check-out jam 12.00 tgh. ** "Kebenaran Check-in awal atau Check-out lewat hanya dibenarkan sekiranya pada tarikh dan masa tersebut tiada tempahan awal dari penyewa lain untuk menginap di Homestay dan bayaran tambahan akan dikenakan".

  4. Hanya makanan yang HALAL sahaja dibenarkan di bawa atau dimasak di homestay ini.

  5. Binatang Peliharaan adalah dilarang sama sekali di bawa ke dalam homestay. Kami berhak membatalkan sewaan sekiranya terdapat penyewa yang membawa binatang peliharaan.

  6. Tetamu hendaklah sedia maklum bahawa Kesidang Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap semua tuntutan, guaman, ganti rugi, kos, kerugian dan perbelanjaan yang berbangkit daripada kecederaan kepada mana-mana pihak atau harta yang terlibat dengan kecederaan tersebut atau apa-apa sahaja berkenaan premis.

  7. Homestay tidak akan bertanggungjawab terhadap kecurian atau vandalisme atau kerosakan barang peribadi tetamu atau barang yang tertinggal di dalam homestay.

  8. Tetamu adalah bertanggungjawab di atas keselamatan perkakas rumah, kelengkapan, perabot & elektrik. Dilarang mencuri, mengambil & merosakkan kelengkapan di rumah ini. Setiap kerosakan akan dikenakan surcaj,kecurian akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.

  9. Dasar jiran yang baik. Tetamu tidak dibenarkan membuat bising, parti, menyanyi, menari memandangkan homestay ini terletak dalam kawasan perumahan dan perlakuan tersebut akan mengganggu jiran.

Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)
To Top