Ciri-ciri Homestay Yang Baik dan Sesuai Terutama Untuk Pilihan Seisi Keluarga

Mahsul Sejahtera
0

 


Bila merancang untuk bercuti bersama keluarga, antara perkara utama yang perlu diambilkira adalah tempat penginapan. Maklumlah bila pergi bercuti terutama di tempat yang jauh dan perlu bermalam kita perlulah memastikan tempat penginapan telah kita tempah terlebih dahulu. Banyak kali juga saya terima panggilan dari keluarga yang membawa anak kecil menelefon tengah-tengah malam bertanyakan homestay, Sedih bila dengar suara anak-anak kecil menangis kepenatan dan perlukan tempat untuk tidur.

Bagi yang perlukan penginapan yang selesa tetapi dalam masa yang sama perlu berjimat, homestay adalah pilihan yang terbaik. Walaupun begitu ramai juga yang merasa kecewa kerana homestay yang di tempah tidak seperti yang diharapkan. Berikut adalah antara ciri-ciri yang perlu anda utamakan semasa menempah homestay.


Harga yang berpatutan dan kompetitif.

Pilihlah homestay yang menawarkan harga yang kompetetif dan berpatutan. Harga kompetitif tak semestinya harga termurah tetapi harga yang berpatutan dengan kemudahan yang disediakan. Bandingkan harga yang ditawarkan dengan lain-lain homestay yang menawarkan kemudahan yang sama.


Lokasi yang strategik.

Tentunya anda memilih untuk mencari homestay yang tidak jauh dari tempat-tempat yang anda ingin lawati. Kalau ingin ke Bandar Hilir, Klebang dan sekitarnya cari yang berdekatan. Sebaiknya tidak lebih dari 5-6 km dari tempat yang ingin di lawati.


Kemudahan asas

Mempunyai kemudahan asas yang lengkap terutamanya bilik tidur yang selesa, bilik air yang bersih, ruang makan dan dapur yang yang lengkap termasuk alatan memasak dan makan. Penghawa dingin juga amat perlu terutama setelah penat berjalan, mestilah perlu berehat dalam bilik yang dingin dan menyejukkan.


Keselamatan

Pastikan keselamatan fizikal rumah dan persekitaran adalah selamat dan berkeadaan baik. Kejiranan yang selamat dan aman juga perlu dititik-beratkan.


Kebersihan.

Kebersihan juga adalah faktor yang perlu diambilkira semasa mencari homestay. Pastikan persekitaran homestay bersih, bebas dari sampah sarap. Sistem perparitan dan pembuangan air juga perlu diperhatikan.


Catat Ulasan

0Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
Catat Ulasan (0)
To Top