Sempena cuti hujung tahun dan juga cuti sekolah sekarang
ramai yang mengambil peluang untuk melancong. Tak kiralah apa tujuan anda
melancong sentiasalah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Kes COVID-19 dalam negara masih lagi di tahap membimbangkan.
Itu sebabnya mengapa kita mesti mematuhi SOP baik pengunjung yang dating mahupun
peniaga yang premisnya sering dikinjungi pelancong.
Walaupun pembukaan semula sektor pelancongan adalah satu
petanda baik ke arah memulihkan semula ekonomi negara, namun sekiranya kes
COVID-19 melonjak dengan ketara, tidak ada maknanya untuk kita.