Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam
bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan
Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan
replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina
Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Image by chee.hong through Flickr |
A Famosa merupakan nama menara yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511.[1] A Famosa sebahagian daripada Kota Melaka (Fortaleza de Malaca) yang mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque
boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu
sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka
menguasai bandar Melaka.
Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau
katelum (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara
tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes,
Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.
Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi
dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi
penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan
Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu
penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan
sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17.
Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan
sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.